Slot Akasia: Dejavu Di Kinabalu
Judul: Dejavu Di Kinabalu
Jumlah episode: 26Channel: tv3
Slot: Akasia
Pelakon: Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman, Neelofa,
Arahan: Erma Fatima
Genre: Romantik Komedi
Mula Tayangan: 18/6/2012
Sinopsis:
Mengisahkan tentang Nadira(Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan terpaksa menjalani pemidahan jantung tanpa pengetahuan orang lain termasuklah tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula dimiliki oleh bekas teman wanita Ammar(Aqasha) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya.Ammar berasa kehilangan dan bersedih cuba untuk mulakan hidup baru dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia dipertemukan dengan Nadira.Pada masa yang sama, Uzma kakak Nadira amat menyukai Ammar.Oleh kerana sering bekerjasama,Ammar dan Nadira cepat mesra dan mempunyai banyak persamaan.
Ammar juga merasakan persamaan di antara Nadira dengan teman wanitanya. Namun kebahagiannya tidak berpanjangan apabila dia dikejutkan jantung Nadira adalah milik bekas teman wanitanya.Rupa-rupanya teman wanita Ammar telah mendaftar sebagai perderma jantung dan bersetuju jantungnya didermakan apabila dia meninggal dunia.Nadira pula seakan-akan telah lama mengenali Ammar,jantungnya berdegup pantas apabila Ammar berada berdekatan dengannya. Ketika Nadira tercari-cari siapa penderma jantung kepadanya,kakaknya Uzma telah lama mengetahui jantung Nadira adalah milik Inara arwah tunang Ammar,namun memilih untuk mendiamkan diri.
Bagaimana kesudahan cinta tiga segi antara Bazli,Nadira dan Ammar?
Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25
Episod Akhir
0 comments:
Post a Comment